Thursday, July 28, 2011

sementara pintu itu masih terbuka...

...sehingga matahari terbit dari barat.
jom kejar ampunan-Nya sama-sama? ^^

Saturday, July 23, 2011

outstanding balance of $AUD 257.65 and i'm jobless !

*salam/good day,
the title says it all.
a shocking amount of outstanding balance for my phone bill and i'm currently jobless (which is worst sebab i need money since duit dalam account bank dah kempis).
looking at the bright side,i'm here untuk study after all.
biarlah study jadi keutamaan...
pasal hutang bil telefon tu,
jadikan najwa lebih berhati2 waktu guna phone untuk masa akan datang
(jugak boleh jadi peringatan untuk kawan2 najwa yang lain supaya hati2 
and tak jadi mangsa bil melimpah2 macam najwa.)
and yang penting,
Allah adalah sebaik2 perancang. bersangka baiklah dengan rancangan Allah. :)
   


*asyik kejar duit je, pahala yang Allah sedia tu takkan tak nak kejar kot? akhirat jangan lupa ye.
(peringatan untuk diri sendiri (: )

Wednesday, July 20, 2011

Australia: my first winter story

salam/good day,

beberapa minggu lepas, najwa berpeluang mengisi cuti winter dengan kawan-kawan and seniors di newcastle dan sydney.
Alhamdulillah, perjalanan kitorang perjalanan yang penuh dengan pengisian. Insya Allah.
tak yah cakap banyak2 , let the pictures speak! :)
.
.
.
kookaburra ni sangat jinak,orang kuis2 dia pun dia tak lari terbang xD
.
.
.
view depan dorm (Subhanallah)
.
.
.
dapat naik unta tepi laut :) (Alhamdulillah)
.
.
.
tak dapat SNOWboarding, SANDboarding pun best jugak :D
(Alhamdulillah)
.
.
.
view depan dewan tempat kami stay
(Subhanallah)
.
.
untuk winter yang pertama ni, najwa belum ada peluang nak merasa salji. :(
jauh jugak nak travel ke tempat yang ada salji tu.
Insya Allah, tahun depan la pulak ye. :)



*semoga post ini bukan posting yang sia-sia :)
gambar selebihnya akan di share from time to time..insya Allah. :)


Saturday, July 16, 2011

70 kali sehari dia datang

salam/ good day,

Hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

""Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang , didapati orang itu ada yang gelak ketawa . Maka berkata Izrail :    'Alangkah hairannya aku melihat orang ini , sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya , tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa ..""


-jazakillahukhair srikandi cinta :)


p/s: esok nisfu sya'aban,puasa sunat reramai jom? :)

Friday, July 15, 2011

antara hobi paling best

salam/good day,

jom tadabbur al-Quran nak?
best tau.best sangat sangat.
bila selalu buat tadabbur ayat, kita akan selalu beringat.
tadabbur maksudnya, kita baca al-Quran bukan setakat baca untuk khatam cepat2, tapi sambil baca, sambil kita fahami,hayati,dan ambil pengajaran daripada maksud yang al-Quran nak sampaikan.
 bahan paling utama yang diperlukan is al-Quran tafsir, sebab untuk faham kita kena tahu maksud2 ayat tu. yang kedua, selain baca and faham sorang2, penting jugak untuk rujuk kat para guru yang boleh membimbing kita faham ayat2 tu dengan lebih mendalam. ni jugak perlu supaya kita tak tersalah tafsir apa yang disampaikan al-Quran.
 betul ni, tak tipu, hobi ni sangat best. cubalah. :)